10 perkara Bagaimana mendidik tabiat anak-anak di rumah

1 comments
10 perkara Bagaimana mendidik tabiat anak-anak di rumah


Pendidikan anak-anak tidak terbatas di secara formal di sekolah. Pendidikan yang paling penting bermula dari rumah bersama ibu-bapa. Samaada didikan agama, akhlak malah asas pendidikan akademik semuanya bermula dari rumah. Salah satu didikan paling penting ialah mendidik sikap dan tabiat anak-anak.

Akhlak, tabiat atau sikap harus dididik semenjak kecil seperti  adab menghormati orang tua, cara-cara menjaga kebersihan, adab berpakaian dan lain-lain. Kami ingin menerapkan perkara penting mendidik anak-anak supaya mempunyai tabiat suka menjaga kebersihan dan kerapian  untuk membantu ibu-bapa mewujudkan kediaman sempurna. Anak-anak perlu dididik untuk menjaga kebersihan dan kemasan kerana ia akan mempengaruhi tabiat dan akhlak anak-anak pada masa akan datang.

10  perkara yang harus diterapkan kepada anak-anak semenjak kecil ialah:-

1) Didik anak-anak untuk mengangkat pinggan makan sendiri setelah makan ke sinki dan latih mereka mencuci pinggan sendiri. Mulakan dengan memberikan pinggan plastik dan ia membantu anak-anak mempunyai sikap pembersih, berdikari dan ringan tulang.

2) Sediakan bakul atau kotak untuk menyimpan permainan dan latih anak-anak untuk menyimpan semula setelah bermain. Mulakan dengan memberikan syarat boleh bermain tetapi mesti simpan sendiri setelah selesai.

3) Sediakan bakul untuk pakaian kotor dan latih anak-anak untuk memasukkan pakaian ke dalam bakul setiap kali menyalin pakaian. Amalkan untuk mengasingkan pakaian yang basah atau lembab dengan pakaian kering untuk mengelakkan bau busuk. Juga amalkan mengasingkan pakaian yang terkena najis seperti anak-anak yang terkencing untuk memastikan pakaian lain tidak mengandungi najis.

4) Amalkan memberi anak-anak kertas untuk menulis. Berikan kertas semenjak kecil supaya mereka biasa dengan menulis di atas kertas dan bukan di dinding rumah. Mulakan dengan membeli kertas berwarna untuk menarik perhatian mereka. Pastikan stok kertas kosong sentiasa ada, jika tidak mereka akan mula mencari bahan lain untuk diconteng iaitu lantai dan dinding.
5) Latih anak-anak untuk menyiram atau "flush" tandas setiap kali ke tandas. Latih mereka memakai selipar tandas dan mencuci kaki setelah selesai. Mulakan dengan membeli selipar tandas kegemaran mereka seperti selipar yang bermotif kartun kegemaran.

6) Latih anak-anak untuk membuang sampah ke dalam tong sampah. Mulakan dengan menyediakan tong sampah kecil di dalam bilik, ruang menonton, dapur dan bilik air.

7) Latih anak-anak untuk menyusun kasut dan selipar. Sediakan tempat kasut khas untuk anak-anak dan mereka pasti suka menyusun kasut kerana menganggap rak itu adalah kepunyaan mereka. Latih juga supaya mencuci kasut sendiri, biarkan mereka cuci walaupun tidak
bersih. Mulakan dengan mencuci bersama mereka.

8) Didik anak-anak untuk mengutip sisa makanan yang terjatuh terutama biskut dan makanan ringan. Mulakan dengan menakutkan mereka seperti lipas akan gigit jika makanan bersepah di lantai.

9) Latih anak-anak untuk menyusun bantal setiap kali bangun tidur. Juga latih mereka menyusun bantal peluk atau kusyen di ruang tamu selepas bermain. Mulakan dengan membiarkan mereka bermain dengan bantal dengan memberikan syarat mesti susun selepas bermain.

10) Akhir sekali latih anak-anak menjadi seorang yang pembersih, kemas dan suka dengan kerapian. Mulakan dengan diri sendiri sebagai ibu bapa dan sentiasa terapkan dengan kata-kata seperti "kalau nak rumah kita cantik jangan suka buat sepah" atau "cepat kemas nanti mak malu kalau kawan mak datang".

Tips ini membantu anda mendidik keperibadian anak-anak dengan baik disamping dapat membantu mengurangkan tugasan anda di rumah. Biarkan anak-anak bermain ketika melakukan tugasan ini serta jangan marah jika hasilnya tidak memuaskan dan anda terpaksa buat sekali lagi. Sebaliknya beri mereka galakan dan pujian. Proses mendidik anak-anak memerlukan masa seiring dengan peningkatan umur mereka.

Tips ini juga membantu anda mewujudkan kediaman sempurna untuk anda nikmati dan habiskan masa bersama keluarga. Kediaman sempurna akan menjadikan anak-anak dan keluarga lebih suka berada di rumah bersama berbanding keluar menghabiskan masa bersama kawan-kawan. Seterusnya menjauhkan anak-anak dari pengaruh luar yang kurang sihat.

Keluarga bahagia bermula dari rumah. Rumah yang sempurna membantu anda mencapai kebahagiaan.

Khafiz,
Hanya di Jawhari Jati, Lifetime Furniture.  
Pakar Perabut Kayu Anda

Nantikan artikel selanjutnya :- Perkara remeh yang sering diabaikan di rumah



1 comment:

  1. JOIN NOW !!!
    Dan Dapatkan Bonus yang menggiurkan dari dewalotto.club
    Dengan Modal 20.000 anda dapat bermain banyak Games 1 ID
    BURUAN DAFTAR!
    dewa-lotto.name
    dewa-lotto.com

    ReplyDelete

Jawhari

Bukit Indah JB, Segamat, Kota Tinggi, Kuantan, Segamart, Tesco Tebrau JB, Johor - Kuantan - Negeri Sembilan
Jawhari, dimana kami membantu menjadikan kediaman anda sebagai satu tempat paling istimewa untuk anak-anak dan keluarga anda. Kami pakar mewujudkan suasana rumah yang terbaik dimana anda sekeluarga menghabiskan masa bersama membina kebahagiaan di syurga idaman anda. Jawhari Jati, Lifetime Furniture. Your solid wood expert #Khafiz....................................................................................... JAWHARI, we are retailer and supplier of solid wood furniture and home accessories. We are axpert in solidwood furniture. At Jawhari, we believes our product and service helps people creating their perfect home. A perfect place to spend time with family and kids. We believe our product is tough, durable, long last for lifetime. We call ourselves Jawhari, Lifetime Furniture. Contact us at: 07-2325689 (HQ) or 0123057912. emel: khafizb@@yahoo.com website: www.jawharijati.com Facebook: www.facebook.com/jawharijati whatsupp: 0167157912