Bagaimana menjadikan kediaman satu tempat yang elegen untuk anda?
Elegen tidak bermaksud memiliki peralatan yang mahal dan tidak mampu dilakukan oleh kebanyakan orang. Kediaman elegen hanya memerlukan sedikit perancangan.
Setiap rumah mempunyai elemen yang sama seperti warna (cat), peralatan dapur, bilik tidur, ruang tamu dan ruang makan. Hanya dengan sedikit usaha anda boleh membina suasana yang sungguh menyenangkan hingga anda tidak akan sabar untuk pulang ke rumah.
3 langkah merancang kediaman elegen:-
1- Tentukan konsep yang akan digunakan.
Terdapat pelbagai konsep seperti kontemporari, modern, moden kontemporari, klasik, bali, mandarin dan sebagainya.
2-Tentukan warna yang sesuai dengan konsep pilihan anda.
Warna akan menentukan mood atau suasana. Warna lembut seringkali memberi mood yang lebih tenang berbanding warna terang.
3-Rancang susun atur lebih awal. Tentukan saiz yang sesuai sebelum keluar membeli-belah peralatan tersebut.
Lihat! hanya langkah mudah bukan? Saya mampu membantu anda merancang kediaman elegen.
Khafiz
Director
Jawhari Jati, Lifetime Furniture
Your solid wood furniture expert
Post a Comment