Bagaimana merancang susunatur dalaman #1

0 comments


Salah satu perkara penting dalam merancang hiasan dalaman ialah bagaimana susun atur dalam kediaman anda apabila selesai membeli kesemua keperluan. 

Atau, bagaimana mengubahsuai susunatur sedia ada jika ada sudah mempunyai banyak peralatan lain.

1. Susun atur perlu dirancang sebelum membuat sebarang belian. Lihat kawasan sedia ada, berapa luas/size yang ada untuk diisi barangan baru. Perlu di fikirkan ruang selesa selepas meletakkan peralatan baru di kawasan tersebut. Beri ruang sekurang-kurangnya 2kaki di kiri atau kanan barangan untuk mewujudkan keadaan selesa.
Sekiranya ruang tersebut tidak mengganggu laluan, ruang 2kaki tersebut boleh diisi dengan aksesori tambahan untuk menghidupkan suasana seperti pasu bunga dan lain-lain.

2. Susun atur perlu mengutamakan keperluan anak-anak. Terutama mereka yang mempunyai anak kecil, beri ruang sekurang-kurangnya 5kaki lebar sebagai laluan jalan dan satu kawasan sekurang-kurangnya 10x10kaki sebagai ruang anak-anak bermain dan menghabiskan masa. 
Kalau boleh, ruang ini hendaklah ruang berasingan dengan kawasan menonton televisyen. Kanak-kanak perlu bermain untuk mengembangkan minda mereka, jika ruang permainan diganggu siaran televisyen ia menggangu fokus kanak-kanak. Ruang ini juga sesuai untuk tempat mengulangkaji bagai anak yang sudah bersekolah. 

3. Susun atur perlu mengambil kira ruang udara dan pencahayaan. Berikan laluan yang sesuai untuk udara segar dari luar masuk ke dalam rumah. Begitu juga cahaya semulajadi. Ia menimbulkan rasa nyaman dan selesa

Nantikan tips selanjutnya.

Khafiz
Jawhari Jati, Lifetime Furniture
Your solid wood expert


Post a Comment

Jawhari

Bukit Indah JB, Segamat, Kota Tinggi, Kuantan, Segamart, Tesco Tebrau JB, Johor - Kuantan - Negeri Sembilan
Jawhari, dimana kami membantu menjadikan kediaman anda sebagai satu tempat paling istimewa untuk anak-anak dan keluarga anda. Kami pakar mewujudkan suasana rumah yang terbaik dimana anda sekeluarga menghabiskan masa bersama membina kebahagiaan di syurga idaman anda. Jawhari Jati, Lifetime Furniture. Your solid wood expert #Khafiz....................................................................................... JAWHARI, we are retailer and supplier of solid wood furniture and home accessories. We are axpert in solidwood furniture. At Jawhari, we believes our product and service helps people creating their perfect home. A perfect place to spend time with family and kids. We believe our product is tough, durable, long last for lifetime. We call ourselves Jawhari, Lifetime Furniture. Contact us at: 07-2325689 (HQ) or 0123057912. emel: khafizb@@yahoo.com website: www.jawharijati.com Facebook: www.facebook.com/jawharijati whatsupp: 0167157912