Salah satu teknik membina kediaman yang selesa ialah mencipta suasana alam semulajadi didalam rumah. Untuk mencipta suasana ini, cara mudah ialah menggunakan bahan-bahan natural.
Terdapat pelbagai bahan natural yang sangat sesuai digunakan dalam hiasan dalaman. Bahan seperti kayu, batu, air, pohon/bunga, tanah adalah penting dalam hiasan dalaman. Dari segi psychology, bahan yang natural menimbulkan suasana alam semulajadi yang menyamankan dan yang penting tidak menjemukan.
Pelbagai cara untuk menggunakan bahan-bahan ini. Batu, sesuai digunakan sebagai lantai di laman. Lantai jenis marble juga salah satu bahan natural berbanding mozek yang biasanya diwarnakan. Marble putih adalah warna natural dan mempunyai tekstur asal batu tersebut.
Pohon/daun, digunakan sebagai hiasan. Gunakan pohon atau bunga asli berbanding pohon plastik. Ia sangat menyamankan. Penting untuk memilih pohon yang sesuai didalam rumah dan perlu sedikit penjagaan.
Air, boleh digunakan samaada air pancut atau akuarium.
Kayu, terdapat pelbagai cara menggunakan kayu seperti perabut, lantai (parquet), aksesori seperti pasu kayu, hiasan taman seperti gazebo dan lain-lain.
Gunakan bahan natural dan cipta suasana alam semulajadi di rumah. Berbanding menggunakan bahan sintetik seperti plastik, besi, kaca ia akan menjemukan dan tidak menimbulkan perasaan self belonging di rumah.
Walaubagaimanapun bahan-bahan ini boleh di campur aduk mengikut kesesuaian tetapi jangan tinggalkan bahan semulajadi tadi.
Adalah penting untuk mencipta perasaan dan suasana semulajadi kerana ia membuatkan kita seperti berada ditempat sendiri, terasa nyaman dan tidak jemu untuk berada dirumah. Seterusnya ia merapatkan hubungan kekeluargaan kerana kebanyakan masa semua ahli keluarga ada dirumah berbanding menghabiskan masa diluar.
#Khafiz
Jawhari Jati
Lifetime Furniture
Pakar Perabut Kayu
Post a Comment