Kami ingin memberikan tips yang fokus kepada aspek didikan dan tabiat dirumah untuk membina sikap keluarga dan anak-anak supaya mereka sentiasa selesa dengan kediaman sendiri dan ia membantu untuk membina keluarga bahagia.
Keluarga yang sempurna sudah tentu mesti meluangkan banyak masa bersama. kebanyakan masa sudah tentu dihabiskan didalam rumah berbanding bersama rakan-rakan diluar. Dan sudah tentu amat penting untuk setiap keluarga menyediakan kediaman yang sempurna dan selesa. Sebagai contoh, anak-anak tidak selesa untuk berada dirumah yang berselerak, berbau kurang menyenangkan dan suasana yang kurang selesa. Akibatnya anak-anak lebih suka menghabiskan masa bersama rakan-rakan di pusat beli-belah dan sebagainya. Ia mendedahkan anak-anak kepada gejala sosial yang merosakkan hubungan kekeluargaan.
Oleh yang demikian, kami akan sentiasa memberikan tips untuk menjadikan rumah anda satu tempat paling sempurna untuk anak-anak keluarga menghabiskan masa bersama.
Tips Pertama:-
Sediakan ruang yang selesa untuk anak-anak bermain. Kami telah berikan tips tersebut pada artikel kami yang lalu. Ruang ini sebaiknya tempat berlainan dari ruang menonton kerana ia tidak memberikan fokus yang sesuai untuk keluarga tersebut bermain bersama
Tips Kedua:-
Pastikan ruang tamu yang sentiasa bersih dan kemas. Tidak perlu hiasan mahal dan berlebihan. Cukup jika mempunyai set sofa yang sesuai dan sarung sofa yang bersih. Penting untuk memilih sofa yang selesa, kusyen yang tidak terlalu lembik dan paling penting susun atur yang sesuai dan selesa.
Tips ketiga:-
Pastikan rumah anda bebas dari binatang dan serangga perosak seperti tikus dan lipas. Biasanya serangga seperti ini meninggalkan bau kurang enak dan amat tidak menyelesakan. Kemaskan rumah anda dan kawasan sekitar untuk mengelakkan binatang dan serangga perosak.
Tips keempat:-
Ruang dapur yang sentiasa kemas dan bersih. Elakkan meninggalkan pinggan mangkuk tanpa dicuci dan bahan mentah masakan yang tidak teratur. Pastikan kabinet dapur sentiasa bersih dan di lap
Tips Kelima:-
Biasakan mengemas kamar anda setiap kali bangun dari tidur. Luangkan masa 2minit untuk melipat selimut dan meletakkkan bantal pada tempatnya. Ia memberikan rasa selesa setiapkali anda melangkah masuk ke dalam kamar tidur anda.
Tips Keenam:-
Bilik air yang bersih tidak berbau najis, tidak berlumut dan mempunyai aliran udara (ventilation) yang baik. Bilik air yang kotor sudah tentu amat tidak menyelesakan.
Ikuti tips selanjutnya, bagaimana mendidik tabiat anak-anak untuk memastikan kediaman anda sentiasa sempurna...
Khafiz
Jawhari Jati
Lifetime Furniture
Your Solid Woid Expert
JOIN NOW !!!
ReplyDeleteDan Dapatkan Bonus yang menggiurkan dari dewalotto.club
Dengan Modal 20.000 anda dapat bermain banyak Games 1 ID
BURUAN DAFTAR!
dewa-lotto.name
dewa-lotto.com