8 perkara remeh yang sering diabaikan di rumah

0 comments
8 perkara remeh yang sering diabaikan di rumah.



Perkara remeh biasanya diambil mudah. Akan tetapi sebab remeh ia boleh menyebabkan kurang selesa kepada orang lain. Mungkin yang kurang selesa itu ialah anak anda atau suami anda. Perkara remeh apabila di tambah dengan perkara remeh lain akan menjadi besar dan paling teruk apabila suami anda
semakin tidak suka untuk berada dirumah atau menghabiskan masa bersama anak-anak dirumah. Akhirnya kemana suami anda atau anak-anak pergi? Tidak hairan kedai mamak sentiasa ramai pelanggan, atau pusat mainan komputer semakin maju. 

Apakah perkara remeh temeh itu? Kami senaraikan disini untuk peringatan kepada semua:-
1-Membiarkan pinggan mangkuk semalaman di sinki tanpa dibasuh dan dikemas. Mungkin ia terbiar tanpa di basuh kerana sikap suka menangguh kerja. Keburukannya apabila menangguh, kerjanya semakin banyak dan menimbun dan terasa beban ketika melakukannya. Selain itu ia mengundang bau kurang enak dan menjemput lipas dan tikus ke dapur anda.

2-Tidak melipat dan mengemas pakaian yang dicuci. 
Melipat pakaian memang satu beban tugas yang biasanya dilakukan oleh ibu-ibu. Jika dibiarkan tidak berkemas ia akan menimbun dan mengusutkan fikiran. Sebaiknya sediakan rak atau almari yang sesuai, gunakan lebih banyak penyangkut baju (hanger) berbanding melipat kerana ia lebih cepat dan kemas.

3- Merendam pakaian terlalu lama
Satu perkara yang menjijikan di bilik air jika tabiat ini di amalkan. Merendam pakaian cukup selama 2 hingga 3 jam sahaja atau paling lama semalaman. Tetapi dek kerana sikap suka menangguh, pakaian sering direndam berhari-hari sehingga baunya menjijikkan!

4-Bantal, selimut dan cadar berbau dan terlalu lusuh.
Amalkan mencuci sarung bantal, cadar dan selimut sekurang-kurangnya sebulan sekali. Jemur bantal untuk menghilangkan bau dan hama. Anda tidur lebih selesa dan lebih sihat, suami dan anak-anak gembira tidur dirumah. Para tetamu juga gembira dengan layanan anda jika diberikan bantal yang selesa.

5-Tuala terlalu lusuh 
Terlalu lusuh! kadang-kadang terasa jijik untuk mengelap badan setelah mandi. 

6-Sofa terlalu lusuh dan lembik.
Sofa/ruang tamu adalah  antara tempat paling banyak masa bersama keluarga. Pastikan sofa tidak terlalu lusuh dan berbau (jika diperbuat dari jenis kain). Pilih sofa yang sesuai dan selesa dan sentiasa pastikan ia bersih.

7-Tabiat meninggalkan selimut atau alas tidur (toto) tanpa berlipat dan dikemas.
Ia amat menyemakkan mata, mengganggu fikiran dan tidak menyelesakan.

8-Meninggalkan makanan di atas meja sehingga basi dan berbau dan mengundang semut dan lipas. 

Ini antara perkara remeh temeh yang sering diabaikan. Walaupun remeh temeh, ia menyumbang kepada keadaan tidak selesa dan menyebabkan anak-anak kurang suka untuk berada dirumah.

Keluarga bahagia bermula dari rumah. Rumah yang sempurna membantu anda membina keluarga bahagia.

Khafiz
Jawhari Jati, Lifetime Furniture
Inspired Living
Your wood expert

Ikuti artikel berikut:-
Bagaimana mencuri masa untuk bersama anak-anak


Post a Comment

Jawhari

Bukit Indah JB, Segamat, Kota Tinggi, Kuantan, Segamart, Tesco Tebrau JB, Johor - Kuantan - Negeri Sembilan
Jawhari, dimana kami membantu menjadikan kediaman anda sebagai satu tempat paling istimewa untuk anak-anak dan keluarga anda. Kami pakar mewujudkan suasana rumah yang terbaik dimana anda sekeluarga menghabiskan masa bersama membina kebahagiaan di syurga idaman anda. Jawhari Jati, Lifetime Furniture. Your solid wood expert #Khafiz....................................................................................... JAWHARI, we are retailer and supplier of solid wood furniture and home accessories. We are axpert in solidwood furniture. At Jawhari, we believes our product and service helps people creating their perfect home. A perfect place to spend time with family and kids. We believe our product is tough, durable, long last for lifetime. We call ourselves Jawhari, Lifetime Furniture. Contact us at: 07-2325689 (HQ) or 0123057912. emel: khafizb@@yahoo.com website: www.jawharijati.com Facebook: www.facebook.com/jawharijati whatsupp: 0167157912