Beberapa perkara tips yang perlu dijadikan amalan untuk memastikan kekemasan rumah:-
1) jangan menggantung tuala di rel tangga, di kerusi makan, di sandaran sofa, di kepala katil, tingkap, tombol pintu atau almari. Sebaliknya sediakan rak gantungan tuala (seperti tempat sejadah) atau gantung saja di bilik air
2) sediakan kotak khas untuk alat permainan anak-anak. Anda hanya perlu campak (mudah dan cepat) mainan tersebut setelah anak-anak berhenti bermain. Sebaiknya latih anak-anak masukkan sendiri permainan mereka dalam kotak
3) sentiasa meletakkan sesuatu barang ditempat yang betul. Contohnya surat khabar dan majalah sentiasa di bawah meja kopi, kabel-kabel charger telefon bimbit di dalam laci, CD dan DVD di rak tersendiri, surat-surat dan bil di rak khas, pakaian yang sudah dipakai di bakul laundry, minyak urut dan ubat-ubatan di dalam laci dan sebagainya. Setiap sesuatu mesti ditentukan tempat sekiranya terbiar di tempat lain dengan segera anda boleh letakkan semula di tempat yang anda tetapkan
3) jadikan amalan menjaga kekemasan seawal mula masuk rumah baru dan berpindah. Mulakan seawal baru berkahwin dan latih anak-anak sejak kecil
Jadikan rumah anda tempat untuk berehat setelah bekerja dan bukan untuk menambah kekusutan dan memeningkan saat anda melangkah ke dalam rumah.
Post a Comment