Mengapa sering mengabaikan kekemasan rumah

0 comments
Adalah menjadi satu kelaziman membiarkan keadaan dalam rumah tidak teratur dan berselerak. Walau pun sudah membelanjakan sejumlah wang yang banyak untuk membeli perabot dan renovasi, akan tetapi tahap kekemasan seringkali diabaikan. Terdapat juga keluarga yang menggajikan pembantu rumah untuk membersihkan dan mengemas rumah, akan tetapi mereka gagal menjadikan rumah itu satu tempat paling selesa dan tempat untuk menenangkan fikiran setelah penat dan stress bekerja. Akhirnya kepenatan itu diselesaikan di atas tempat tidur dan berdengkur hingga pagi walaupun bilik tidurnya juga berselerak. Dan masa setelah pulang bekerja tidak lagi dihabiskan bersama anak-anak di ruang tamu, ruang keluarga dan sebagainya.

Beberapa perkara tips yang perlu dijadikan amalan untuk memastikan kekemasan rumah:-
1) jangan menggantung tuala di rel tangga, di kerusi makan, di sandaran sofa, di kepala katil, tingkap, tombol pintu atau almari. Sebaliknya sediakan rak gantungan tuala (seperti tempat sejadah) atau gantung saja di bilik air

2) sediakan kotak khas untuk alat permainan anak-anak. Anda hanya perlu campak (mudah dan cepat) mainan tersebut setelah anak-anak berhenti bermain. Sebaiknya latih anak-anak masukkan sendiri permainan mereka dalam kotak

3) sentiasa meletakkan sesuatu barang ditempat yang betul. Contohnya surat khabar dan majalah sentiasa di bawah meja kopi, kabel-kabel charger telefon bimbit di dalam laci, CD dan DVD di rak tersendiri, surat-surat dan bil di rak khas, pakaian yang sudah dipakai di bakul laundry, minyak urut dan ubat-ubatan di dalam laci dan sebagainya. Setiap sesuatu mesti ditentukan tempat sekiranya terbiar di tempat lain dengan segera anda boleh letakkan semula di tempat yang anda tetapkan

3) jadikan amalan menjaga kekemasan seawal mula masuk rumah baru dan berpindah. Mulakan seawal baru berkahwin dan latih anak-anak sejak kecil

Jadikan rumah anda tempat untuk berehat setelah bekerja dan bukan untuk menambah kekusutan dan memeningkan  saat anda melangkah ke dalam rumah. 



Post a Comment

Jawhari

Bukit Indah JB, Segamat, Kota Tinggi, Kuantan, Segamart, Tesco Tebrau JB, Johor - Kuantan - Negeri Sembilan
Jawhari, dimana kami membantu menjadikan kediaman anda sebagai satu tempat paling istimewa untuk anak-anak dan keluarga anda. Kami pakar mewujudkan suasana rumah yang terbaik dimana anda sekeluarga menghabiskan masa bersama membina kebahagiaan di syurga idaman anda. Jawhari Jati, Lifetime Furniture. Your solid wood expert #Khafiz....................................................................................... JAWHARI, we are retailer and supplier of solid wood furniture and home accessories. We are axpert in solidwood furniture. At Jawhari, we believes our product and service helps people creating their perfect home. A perfect place to spend time with family and kids. We believe our product is tough, durable, long last for lifetime. We call ourselves Jawhari, Lifetime Furniture. Contact us at: 07-2325689 (HQ) or 0123057912. emel: khafizb@@yahoo.com website: www.jawharijati.com Facebook: www.facebook.com/jawharijati whatsupp: 0167157912