Membina keluarga bahagia merupakan perkara asas yang sentiasa menjadi keutamaan setiap insan. Tiada apa yang lebih penting selain keluarga dan anak-anak. Kebahagiaan rumahtangga menjadi kunci utama yang menjamin kebaikan didunia dan akhirat.
Dari keluarga bahagia kita membentuk anak-anak dan ahli keluarga yang taat kepada perintah agama dan keluarga yang bahagia sudah tentu tidak terlibat dengan kemungkaran seperti gejala sosial, jenayah, penyalahgunaan dadah, lari dari rumah dan pelbagai perkara buruk. Pendek kata, semua kejadian buruk yang berlaku terhadap ahli keluarga adalah berpunca dari kegagalan sistem rumahtangga itu sendiri.
Bagaimana membina keluarga bahagia?
Pelbagai aturan dan cara untuk membina keluarga bahagia. Antaranya konsep bersyukur, mendekatkan diri dengan agama, solat berjemaah, solat sunat, puasa dan pelbagai kaedah lain yang sentiasa dipraktikkan.
Kesemua aturan dan cara ini tetap akan bermula dari rumah dan menjadi contoh tauladan kepada anak-anak.
Oleh yang demikian, ada penting untuk menyediakan rumah yang sesuai membina keluarga bahagia.
Antara perkara asas untuk membina keluarga bahagia dari rumah ialah status dan suasana rumah itu sendiri. Bayangkan, adalah sukar untuk membentuk keluarga bahagia dirumah yang tidak teratur, jarang dibersihkan, berbau kurang enak dan lain-lain. Ini kerana anak-anak lebih gemar menghabiskan masa diluar rumah kerana ia lebih selasa dan menyenangkan. Walhal, perkara asas kepada keluarga bahagia ialah masa yang dihabiskan bersama anak-anak dan isteri.
bersambung....
Khafiz
Jawhari Jati, Lifetime furniture
Your solid wood expert
Post a Comment